Tak ada kata yang lebih tepat untuk menggambarkan perasaan saya sekarang
ni, melainkan alhamdulillah, syukur pada ALLAH yang telah menjadikan langit dan
bumi juga seluruh isi alam, termasuk hati dan perasaan anak-anak Adam.
Dengan rendah hati, saya nak maklumkan di sini pada 18 Mac 2016, saya dan
dia yang bernama Eskandar bin Ab Rashid dah sah bergelar suami isteri. Ya...
betullah tu, saya memang tak tipu! Saya kini dah tidak boleh dipanggil cik lagi
sebab tetiba dah jadi tak sesuai. Saya dah jadi puan ke? Uwaaa! Hahaha... propa
aje tu! Hakikatnya, saya tak dipaksa kahwin sebab kami kahwin atas keinginan
sendiri. Tak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia. Ini
realiti hidup seorang Marwati Wahab aka Aleya Aneesa. Bukan watak-watak dalam
setiap novel yang digarap jari-jemari gumuks saya ni.
Ok... itu aje untuk kali ini! Next time saya sambung lagi. Hendaknya, jika
ada yang sudi, mohon doakan rumah tangga kami kekalnya bukan setakat di dunia
tapi biarlah bersambung hingga ke Jannah.
Tahniah si comel Mar dan suami. Kak Su doakan bahagia hingga Jannah Ilahi dan dikurniakan putera puteri yang comel dan soleh solehah.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru kak... Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Aamiin... :-)
ReplyDeleteTahniah dan selamat pengantin baru!
ReplyDelete