Hari ni jadual agak padat. Pukul 8.45 pagi, dah bergegas ke Dewan Seminar sebab nak mengikuti ceramah 'Akta Mesin Cetak dan Penerbitan'. Satu ceramah yang rasanya memang perlu bagi semua editor untuk menambahkan pengetahuan yang sedia ada, apalagi aku yang masih baru dan terlalu cetek pengetahuan dalam bidang ini. Selama ini memang aku tahu ada banyak garis panduan yang harus dipatuhi. Cumanya, ada beberapa garis panduan yang hanya aku ikut secara membuta tuli tanpa tahu sebab-sebab yang jelas. Tidaklah pulak aku hendak bertanya, mulut terlalu berat rasanya. Tapi tadi barulah segala persoalan yang hanya ada dalam mindaku terjawab sudah. Jadi tak perlulah aku bertanya-tanya lagi kerana jawapannya sudah kuperoleh walaupun bukan semuanya. Dan, seperti yang dijanjikan, ceramah tu habis pukul 12.30 tengah hari. Majlis berakhir dengan makan tengah hari yang disediakan. Alhamdulillah... dapat makan free lagi hari ni...
Petang, pukul 2.30, pergi pula ke Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Merdeka dan Pelancaran Buku Pemenang Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Dua acara yang disatukan dalam satu majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Syed Hamid Albar. Macam majlis2 yang lain, ada ucapan oleh Ketua Pengarah dan juga YAB Dato'.
Melihat seorang demi seorang melangkah ke pentas mengambil hadiah masing2, aku hanya senyum. Tumpang gembira bagi pihak mereka kerana aku tahu bukannya mudah mahu menghasilkan satu-satu karya itu. Banyak masa dan fikiran yang diperlukan. Apalagi karya yang ditulis adalah untuk pertandingan dan punya tema khas yang harus dipatuhi. Persaingan pula bukannya sedikit. Aku pun belum tentu mampu melakukan apa yang pemenang-pemenang dan peserta-peserta lain buat walaupun sebelum ini tak pernah cuba. Bekerja dengan 'due date' yang agak rigid ni, aku memang agak payah sedikit. Lemah seluruh badan rasanya sebab selama ini aku menulis ikut suka dan masa sendiri, tak ada paksaan dan tak boleh ada paksaan sebab paksaan akan membunuh keinginan. Tapi satu hari nanti siapa tahu aku boleh buat kan?
Seperti biasa, majlis2 macam ni selalu menemukan aku dengan kawan2 seangkatan. Hari ni aku jumpa dengan Kak Durrah yang datang bersama-sama anaknya. Tapi hanya sembang sekejap aje sebab masing-masing mengejar masa. Lepas tu jumpa pulak Kak Amaruszati. Kak Zati merupakan salah seorang pemenang sagu hati untuk menulis novel. Geli hati dengar cerita di sebalik novel dia tu. Akhir sekali, jumpa pulak Kak Ramlah Rashid. Sempat juga bertanya-tanya dan merisik-risik tentang kerjaya novel masing-masing. Kak Ramlah hadir sebab novel remajanya terlibat dalam majlis pelancaran tadi dan dia juga jadi pemenang sagu hati hati untuk kategori novel. Itu pun kami hanya sembang sekejap aje. Masa selalu cemburu dengan manusia rasanya. Tapi tak apelah, ada umur dan rezeki pasti dapat jumpa lagi.