- EnTaH aPa-ApA -

June 21, 2007

Apa agaknya rasa bila kita duduk di dalam cangkerang yang keras itu? Entah, aku pun tak ada jawapan yang pasti. Tapi yang nyata, siput 2 cantik sangat dan kalau dibuat hiasan tentu lawa. Masalahnya nak dapat kat mana dan bila tengok depan2 betul ke cantik macam ni? Huh... x pernah tengok.

- TaG bUnGa -

June 20, 2007

Tag lagi... hehehe, ada2 ajelah Fad ni kan? Ingatkan dah tamat dah game macam ni, ada lagi rupanye ek? Cuma kali ni lain maca pulak jenis game ni. Apa pun aku cuba jugaklah utk tak menghampakan Fad.

Sebenarnya, aku x adalah gila sangat kat bunga. Tapi sebab kt rumah aku banyak pokok bunga kertas so aku rasa ini ajelah bunga yang paling hampir dengan hidup aku. Bagi aku, bunga kertas ni ada istimewanya wlu x de bau sebab x mudah mati, tak siram dalam tempoh yang lama pun tetap hidup subur. So memang sesuailah kalau aku tanam sebab aku rajin yang amat. Bunga ni juga selalu berbunga dan kalau berbunga pasti daun dia x banyak, x mcm bunga sakura ke kalau mcm ni keadaan dia? Huh... berangan mcm kat Jepunlah pulak. Tapi betul, bunga dia memang cantik. Dan lagi... kat batang pokok bunga kertas ni kalau tengok betul2 ada duri. 2 kira macam perlindungan kt pokok itu sendiri.

Apa pun jom kongsi ttg bunga kertas ni. Pokok Bunga Kertas berasal dari Amerika Latin dan ditemui oleh Antonie de Bougainveille pada tahun 1769-1776 di Brazil Selatan, mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. So, sebab 2 jadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular dan sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman mcm kat rumah aku. Semasa pokok bunga kertas berbunga, biasanya kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Pokok ni dinamakan bunga kertas sebab bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas.

Pokok ini tergolong dalam family Nyctaginaceae yang mengandungi 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, Bougainvilla Glabra, Bougainvilla Spectabilis dan Bougainvilla Mrs. Butt. Sekarang ni dah banyak kacukan dah dibuat drpd 3 spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna, kelopak (selapis@banyak lapis). Dikacukkan supaya mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Biasanya jadi pilihan sebab bunga berwarna-warni yang cantik, tahan lama, mudah dijaga dan pokoknya tahan lama, boleh melebih 20 tahun jika dijaga dengan betul. Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek. Selain tu, bunga kertas ini agak aneh kerana jika ianya tumbuh di tempat yang kurang subur dan kering, pokok ini akan menghasilkan bunga yang lebat.

Percaya x... ada segolongan masyarakat yang anggap bunga kertas ini sebagai lambang kasih buat kekasih, ibu, anak dan semua insan di dunia. Tapi ada juga masyarakat yang anggap bunga kertas penting ditanam di depan rumah supaya pemilik rumah tidak mendapat musibah yang memalukan. Okeylah ni Fad kan? So... wassalam...

- HeM... rIndUnyA -

June 19, 2007

"2 x ada keje lainlah 2."
"Tengok lampu 2... x taulah pukul berapa pulak nak tido 2 hari ni."
"Makan ajelah buku 2, mesti kenyang."

Hem... sayup2 dari dalam bilik aku selalu dengar mak dan abah bercakap tentang aku. Yang pastinya tentang aku yang siang beli berjenis2 novel dan malamnya mula membaca sampai x ingat dunia. Daripada siang, tukar malam dan kemudian siang balik. Macam dalam dunia ni dah tak ada benda yang menarik lagi dah yang boleh aku buat. Tapi itu dah lama dah, sejak keje kat KL ni aku dah tak dengar lagi dah dialog2 mcm 2 sebab mak ngn abah tertinggal kt Johor. Mungkin juga aku pun dah jarang2 buat keje mencabar mcm 2, sekarang ni minat mcm mana pun aku akan cuba hentikan bacaan aku dan sambung lagi esok atau bila2 ada masa lapang. Aku x nak tanggung risiko mengantuk kat opis nanti.

Tapi, malam tadi entah apa yang merasuk... mungkin rindu dengan bebelan mak ngn abah kot yang dah lama x dengar 2. Jadi, aku capai novel "Bunga2 Kemboja". Dah lama aku beli novel 2 tapi aku x baca sebab aku ngeri dengan tajuk dia. Ei... teruknya aku, sebut aje bunga kemboja aku terus terbayangkan kubur. Sebab 2 walaupun minat karya Aina Emir aku sanggup x baca. Takut sedih... hahahaha. Atau juga semalam 2 aku dah bosan tahap tertinggi. Aku mula baca novel 2 pukul 9.00 malam, ingatkan nak berhenti pukul 12.00 tapi mana tau hati aku nak terpaut dengan cerita 2. So aku baca dan terus baca. Pukul 6.00 pagi aku berjaya menghabiskan novel setebal 500 lebih m/s 2. Lepas 2 mandi dan siap2 pergi kerja. Seminit pun aku x sempat tidur. Kalaulah mak tau... huh, memang masak anak mak nih!

Dan, hari ni aku jadi manusia longlai, nak menaip n3 ni pun dah mcm x larat. Kata Diana, 2 namanya... x ada penyakit cari penyakit. Aku senyum ajelah. Tapi, mmg saja nak cari pasal agaknye ari ni, diaorg sibuk2 tanya ttg fail, aku x dengar. Jadi aku buat bodoh, dah lama baru perasan diaorg ckp pasal fail yg ada atas meja aku. Apalagi... diaorg mula mengutuk2 mcm biasa. Gara2 x tido mulalah aku nak cepat naik angin, selalu 2 xlah sensitif sangat. Lagipun dah memang aku tak dengar, nak buat macam mana kan? Nasib baik angin 2 cuma ada dalam hati aku aje. Kalau x mesti malu sendiri punya. Heh... padan muka aku!

Jadi... kepada kawan2, jgn cari penyakit macam aku. Kalau pun suka sangat baca novel, agak2lah ye. Ingat juga dengan keje2 kt opis. Bukan ape, bila badan dah letih, otak pun dah x berapa boleh nak berfungsi dengan baik. Er... cukup dululah, nak g buat air supaya dapat bertahan sampai petang. Sekian, wassalam...

- MiNtA mAaF-

June 14, 2007

Minta maaf? Hem... macam dah buat salah aje kan bunyinya. Tak adalah, gimik aje 2. Maklumlah, sejak akhir2 ni rasa macam tak sempat nak buat ape, nak tulis n3 pun kena pikir 2 atau 3 kali sebab kejar masa. Ni pun dah kira ringan sikit sebab dah banyak juga keje2 opis yang aku selesaikan. Tapi... belumlah merdeka sepenuhnya. Dan, selagi namanya keje mana ada boleh abis. Pendek kata... selagi belum tutup mata, keje... keje... keje...

Er... sebenarnya aku dah banyak kali dapat e-mel, org tanya bila aku nak sambung cerpen, eh boleh ke panggil cerpen bila panjang berjela? Entahlah... aku anggap cerpen ajelah ye sebab asalnya memang cerpen yg dah aku panjang2 kan. Tajuk cerpen 2 "CINTA SEBATANG PEN OREN". Kelakarnya tajuk dia kan? Tak kisahlah, janji ada tajuk. Rasanya dah dekat setahun cerpen 2 terbiar jadi macam rumah usang tak bertuan sampaikan ada yang tanya, betul ke aku yang tulis cerpen 2? Sebabnya cerpen tu dah pergi ke blog orang lain. Aku nak jawab ape? Sebab memang salah aku pun sebab aku tinggalkan macam 2 aje, x ada ending sampai ramai yang tertanya2 dan yang frust pun ada gak. Tiba2 aje aku rasa mcam x bertanggungjawab pulak sebab buat orang tertunggu2...

Aku bukannya x nak sambung lagi, tapi... aku tak ada masa sangat. Novel yang ada pun masih semput2 nafas nak teruskan, rasa payah benar nak sampai ending kali ni. Dulu masa baru2 buat cerpen 2, aku baru masuk keje so keje x ada sangat. Tapi sekarang susah sikit le gamaknya. Jadi atas alasan itulah aku nak minta maaf kepada sesiapa yang baca atau terbaca cerpen 2 dah masih mengharap aku sambung lagi. Insya-allah, aku akan sambung cerpen 2 lepas abis novel yang aku tengah buat sekarang ni tapi lambat lagi rasanya. Dan, aku tak akan teruskan kat teratak 2, aku akan cuba jadikan sebuah buku cuma mungkin dengan tajuk yang berbeza. Harapnya... aku akan dimaafkan. Sekian, wassalam...

- KaHwIn YaTiE -

June 8, 2007

Hem... hari jumaat datang lagi. Cepat aje masa berlalu, langsung tak sedar. So... salam hari jumaat buat semua, semoga hari jumaat hari ni lebih baik daripada hari jumaat yang lepas2. Rasa macam banyak yang diceritakan tapi... tak tau daripada mana nak mulakan. Buntu kepala sekejap...

Okey... aku nak mulakan dengan, yup... hujung minggu lepas aku g Penang, rumah kawan aku sebab majlis kawin dia. Dia ni satu bilik ngn aku masa kat U dulu dan suami dia pun belajar sama2 ngn kteorg. Alhamdulillah, akhirnya diaorg ada jodoh juga dan aku doakan jodoh 2 kekal sampai bila2. Amin!

Aku ngn sorg lagi kawan g Penang ari jumaat ari 2 naik bas pukul 11.15 mlm, sampai dalam pukul 4, dekat2 pukul 5. Huh... lama benar pulak kali ni perjalanan g Penang. Sebenarnya ada kerja2 pembaikkan jalan, sebab 2 jadi lambat. Tapi x kisahlah sebab ati aku berkobar-kobar nak jumpa kawan2 yang dah lama x jumpa. Bukannya senang aku dan kawan2 nak berkumpul macam ni. Dan, majlis ari 2 berjalan dengan selamat. Tapi... perjumpaan kali ni x meriah macam selalu bila kami berkumpul. Aku ngn kawan2 lebih banyak diam, x merapu dan usik2 macam selalu sebab terasa ada yang kurang. Mungkin sebab 2 orang kawan tak dapat hadir dalam majlis 2. Rasa macam hilang aje...

Sorang kawan aku masa 2 ada kat hospital sebab dia kena operate, anak dia x membesar dalam perut. Terpaksa keluarkan baby walaupun baby berat antara 600-700 gram sebab takut baby lemas dalam perut. Peluang untuk hidup tipis... alhamdulillah baby 2 selamat dilahirkan walaupun sekarang ada di ICU. Harap2 Mohd. Adam Haris dapat terus bertahan. Doakan anak kawan aku 2 ye, kawan2... Sorang lagi... entah, x tau macam mana boleh hilang tiba2. Telefon dan SMS langsung x berjawab dan aku rasa berita 2 x sampai kat dia. Tak apelah... dah x ada rezeki. Mungkin lain kali boleh jumpa. Er... rasanya ckuplah dulu cerita aku ni, rasa sedihlah pulak. Jom tengok gambar yang sempat aku ambik ari 2...




- SeDiKiT cErItA -

June 5, 2007

Salam... salam sayang, salam manis, salam ceria dan salam... salam... salam... kt semua. Hampir 3 minggu x tulis apa2 n3 kt sini rasa rindu sangat. Jom kongsi cerita...

13-24 Mei 2007
Macam yg dah aku g tau sebelum ni, aku kena g Kursus Induksi untuk pengesahan jawatan di Sungai Congkak. Hem... kursus ni rasanya kira okeylah, sama macam yang orang lain kena pergi, rasanya ramai yang dah ada pengalaman ni kot. Kalau nak cerita lebih2 pun dah x perlulah kot. Cuma boleh cakap, banyak kena dengar ceramah, ceramah dan ceramah dari pagi sampai ke petang. Malam pula disambung dengan perbincangan kumpulan atau buat tugasan individu. Ni yang aku lemah sikit sebab dah lama tinggalkan kertas2 kerja ni. Rasa otak dah beku semacam tapi nak ke tak nak kena juga buat sebab nanti kalau x lulus susah pulak.

Tapi... rasanya sepanjang kursus 2 berjalan, benda yang paling malas dan aku x suka ialah pengucapan awam. Walaupun topik bebas dan cuma ambik masa selama beberapa minit, aku tetap rasa macam kena seksa. Bercakap di depan dengan mata orang semua tertumpu ke arah aku, huh... benda terakhir yang aku harap akan berlaku dalam hidup aku masa kursus 2. Masa study dulu, aku rasa boleh tahanlah, sekarang dah x boleh tahanlah pulak. Tak suka betul! Tapi ni pun kena buat juga sebab ada markah.

Opss... biar aku cete sikit lagi, masa kurus 2, bukan hanya ada pekerja DBP aje tapi ada juga organisasi lain. So sebab lain2 organisas, jadi kepala pun x sama. Untuk samakan kepala, jadi dibuatlah kumpulan2 masa hari pertama, macam masa sekolah dulu. Petang, kami duduk dalam kumpulan, setiap kumpulan diberi kertas majong dan buatlah nama kumpulan, ahli kumpulan, logo, slogan, visi dan misi. Masa ni aku rasa kelakar sangat, yelah masing2 nak tunjuk bagus. Apa pun syukur sebab kumpulan aku tak kena bersihkan bilik kursus, nyaris2 kena sebab bangunan yang kami buat sama tinggi dengan kumpulan yang lagi satu. Masa masing2 sibuk tengok, bangunan kumpulan 2 jatuh, so kira aku dan kumpulanku selamat.

Hari khamis, 24 Mei 2007, selesai exam aku lepak kat bilik sementara tunggu pukul 4.00 sebab nak daftar untuk Kursus Modul Kenegaraan pulak.

24-28 Mei 2007
Kursus ni, huh... jadual terlalu padat. Pagi2 dalam kol 5.00-5.30 dah kena bangun, habis pulak pukul 11.30 mlm. Langsung tak sempat nak tidur dan tengok TV macam sebelum ni. Habis melayang Si Manjalara. Tapi kali ni lebih banyak LDK, benda yang buat aku kena bercakap lagi banyak. Anehnya, aku x kisah... asyik aku aje yang nak jawab. Mungkin sebab duduk dalam kumpulan yang kecik. Tapi... nasib memang tak menyebelahi aku sebab masa hari kedua, aku kena jadi MC. Masa tu rasa mcm nak lari balik aje, macam dah tak ada orang lain agaknya jurulatih 2. Agaknya sebab aku tak ikhlas masa jadi MC tu, air yang aku tuang untuk penceramah tumpah atas meja. Malunya aku TUHAN aje yang tahu, penceramah tu cakap x apa, sedangkan masa 2 aku dah kecoh2 lap meja. 2 Belum kira mata kawan2 aku kat depan yang terkebil dan tersenyum2, ejek akulah tu. Lagi satu yang aku rasa x larat bila kena lari 2 KM, dah bertahun2 x lari rasa macam kena dera pulak. Dan, esok pagi bila bangun... aku rasa cm x boleh jalan. 2 lah akibatnya malas bersenam.

Kursus ni berakhir dengan exam pada 28 Mei 2007. Tengah hari aku x menyempat2 balik dan aku jadi orang pertama yang balik. Apa yang pasti kenangan sepanjang kursus 2 tetap tersemat dalam hati. Suka dan duka dia tetap jadi kenangan terindah. Ada rezeki dan umur mungkin dapat jumpa kawan2 baru aku tu. Dan kepada sesiapa yang datang ke blog aku, ucapkan selamat hari lahir kat aku, aku ucapkan bebanyak terima kasih. Aku sangat menghargainya. Sekian...